Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:uraian :
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana
solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.
Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang
kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah
pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah
menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan
dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah
mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu
sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi
syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka
mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban
dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam
yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
SUMBER
0 komentar:
Posting Komentar